Saturday 4 January 2014

Halal ke Shaklee?

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya Shaklee ni halal ke?
Saya sendiri pernah tertanya masa mula2 nak consume produk ni.


Bukan apa..masa first saya aritu adalah set menyusu.
So saya tanak effect ketidakhalalan atau halalnya sesuatu produk tu beri kesan kepada anak.
nauzubillah.


Alhamdulillah...berita gembira.
Shaklee adalah produk halal yang telah diiktiraf oleh badan yang juga diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.
Alhamdulillah.



Jom tengok sijil ni di website shaklee. Klik di sini.

Sijil ini dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services America). ISA adalah badan pensijilan halal di US yang sama seperti JAKIM di Malaysia. Kalau  nak tengok dengan lebih detail jom kita tengok di website ISA di sini.



Untuk kepastian anda seterusnya boleh layari Portal Rasmi Halal Malaysia untuk melihat status Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM.
Selain mendapat sijil HALAL Shaklee, produk Shaklee juga terbukti SELAMAT DAN SEMULAJADI.




Alhamdulillah...
Jangan ragu2 ye untuk gunakan SHAKLEE.

Tapi pesan saya..kalau kawan2 travel pegi oversea..jangan main taram je beli produk shaklee ye.
Tgk logo halal yg ada dulu.
Bukan apa...shaklee yg dipasarkan di Malaysia ni mmg ada logo halal dan dijamin halal.
Takot jugak kalau yang dipasarkan di luar negara tu takde logo halal.

So..kena la beringat.

xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com

COD Kuala Terengganu

8 Cara mudah untuk kuruskan badan!

Assalamualaikum,

Agak2 azam tahun baru ni berapa ramai yang tulis kuruskan badan?!Hehehe...kalau nak tahu, saya pon berazam untuk kurus..

Erk..kurus macam tak seswai.. Ayata sedap...nak kurangkan kadar lemak pada perut terutamanya.
:)

Sebenarnya nak kurus ni senang je. Yang paling susah, komitmen dan disiplin tu.
Ko bayangkan la dalam ko tgh buat program berdiet..time tu la ofismate ajak g makan nandos! Free lak tu!
Hambek kau! Terus lenyap cecite nak kurus bagai tu..

So aku memang sangat respek kepada mereka yang mampu kurus tanpa buat liposuction ni! Hebat tau! Sebab diorang ni punys semangat yang kental dan disiplin yang kuat. Tepuk tangan semua!!!


Meh aku kongsikan tips mudah untuk kuruskan badan:

1. Kawal Pemakanan 

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? 

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan

 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik

Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 

Fikirkan sebaik mungkin apakah cara yang paling terbaik untuk diri anda sekiranya anda memilih sesuatu program diet. Nasihat saya sila dapatkan info yang mencukupi sekiranya mahu mengikuti program tersebut. Cadangan yang terbaik adalah secara alami. Jangan la buat benda yang menakutkan sampai ada yang mendera diri sendiri. 

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

Apa yang SHAKLEE boleh bantu??





Shaklee ada beberapa produk yang boleh diambil untuk membantu menguruskan badan!
Jom tengok Q&A paling hot

Yang mana paling murah?
Set paling bajet ialah Lecithin + Alfafa.
Harga bawah RM100

Yang mana paling cepat bertindak?
Cinch paling cepat bertindak.

Apa fungsi lecithin dan alfalfa?
Lecithin: Pembakar lemak dan kolestrol
Alfalfa: Membunag lemak dan toksin dalam badan

Macam mana nak bagi kekal rasa kenyang?
ESP dapat membantu mengekalkan rasa kenyang.

Untuk dapatkan konsultansi yang lebih banyak, sila jangan segan silu untuk hubungi saya. Call boleh, whatsapps boleh, sms pon boleh. Nak pm kat fb pon boleh. Mana2 yang selesa!

Jangan lupa bulan ini adalah bulan promosi alfalfa! So harga akan jadi lebih murah!



xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com



Friday 3 January 2014

Breastfeeding Tips: Susu Drop. Ketahui punca dan penyelesaian.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya juga melaksanakan misi breastfedding Iyas sepenuhnya. Selepas kegagalan breastfeed Maisarah selama 2 tahun (maisarah sempat 8bulan sahaja), aku tekad untuk berjuang menyusukan Iyas selama 2 tahun tanpa gagal!

Inilah dia anak bertuah yang semakin hari semakin banyak akalnya!

Alhamdulillah. Thank you Allah. Bersyukur sangat. Sekarang iyas sudah 2 tahun 2 bulan. Masih breastfeed dan dalam proses wean off (susah mak oi!).

Dalam tempoh 2 tahun tu tipulah kalau aku cakap susu aku tak pernah drop! Memang ada. Especially waktu bulan puasa dan waktu datang bulan. Pernah masa iyas dalam 8 bulan lebih aku datang bulan 3 bulan tanpa henti! Gila tak? So memang waktu tu adalah waktu yang payah utk aku dapatkan perahan susu yang banyak. Tapi Allah ada. Memang aku tak pernah putus doa supaya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah. Kejap je..dah lepas 2 tahun. Syukur sangat!

Entry kali ni bukanlah satu entry berlagak bagus mahupun berlagak hebat! Aku cukup kagum dengan ibu2 yang sentiasa membawa breastpump beg ke mana2 diorang pegi. Dan terus terdetik dalam hati ni..Y Allah permudahkan ibu ini menyusukan anaknya. Kalau boleh aku nak sangat semua ibu2 tak kira yang bekerja mahupun yang tidak bekerja menyusu anak mereka sehingga 2 tahun. Bukan pahala sunnah sahaja yang kita dapat bahkan bonding between anak dan ibu pon jadi lebih akrab!

Jom kita tgk tips breastfeeding kali ni:

Kenapa susu ibu boleh drop?? Bagi memastikan misi breastfeed sepenuhnya ini berjaya kita perlu tahu punca-puncanya terlebih dahulu:


1. Ibu gagal mengamalkan konsep Demand & Supply.


Rata-rata ibu GAGAL memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui bayi ‘direct feed’ atau pump. Ini antara beberapa kesilapan yang para ibu lakukan.Pump tak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh. 

Ibu digalakkan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk hasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.Pump bila breast penuh atau breast bengkak. Ini is BIG NO NO! 

Jika ibu pump bila breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa baby tak perlukan banyak susu. Jadi automatic otak akan suruh badan kurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dibuat berterusan, ya susu memang drop.Pump sesuka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pump ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pump tu dengan konsisten.

Kenapa? 
*********
Supaya badan lama-lama terlatih dan faham bila perlu hasilkan susu. Bila pump tak konsisten production susu pun tak konsisten. Walaupun breast rasa lembik kena pump juga.Pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu stop mengalir. 

Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pump setiap breast minimum 20 minit untuk 1 sesi pump. Walaupun susu dah stop teruskan pump kerana di hujung mungkin ibu akan mengalami ‘let-down’ sekali lagi.

2. Keadaan ibu

Apa yang saya maksudkan dengan keadaan ibu?
☆Letih
☆Stress
☆Period
☆Sedang mengandung

Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. 

Kenapa? 
*********
Sebab penyusuan susu ibu ni sebenarnya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar atau dipanggil juga hormon gembira).Dalam suasana yang betul dan ibu happy tak stress, hormone oksitosin ni di hantar ke otak untuk rangsang pengeluaran hormone prolaktin. Hormon prolaktin ni pula di hantar ke kelenjar susu. Hasilnya badan pun keluarkan susu. Jadi kalau ibu stress dan penat, hormone oksitosin ni pun kurang dirembes. Jadi kurang lah hormone prolaktin yang akhirnya membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Akhirnya si ibu stress, dan makin stress makin merudum lah susu.

Bagi mengandung, ibu2 masih boleh menyusu iaitu tandem nursing. Tetapi ibu2 digalakkan tingkatkan dose suplemen kepada double. 

Apabila period, ibu banyak kehilangan kalsium yang mana mempengaruhi penghasilan susu kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium. Untuk mengelakkan kemeruduman susu sewaktu peroid, digalakkan mengamalkan suplemen kalsium. 

3. Pengambilan air kosong tidak cukup
Ibu bf disarankan minum air kosong minimum 3L sehari. 

Kenapa? 
*********
Sebab susu ibu komponen utamanya adalah air. Badan ibu juga perlukan air untuk sistem2 dalam badan berfungsi. Jadi bayangkan badan ibu sebagai kereta dan petrol sebagai air. Kalau kereta tak cukup petrol, kereta stop bergerak. Sama juga dengan badan ibu. Bila kurang air kuranglah susu terhasil.

4. Diet harian tidak seimbang

Nampak remeh tapi susu ibu adalah apa yang ibu makan. Kalau badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana pula badan ibu nak dapatkan khasiat yang cukup untuk hasilkan susu ibu? Jadi diet tu diet juga tapi pastikan pengambilan makanan harian itu seimbang.

5. Pump tidak sesuai

Ramai ibu yang mengadu pada saya bila pump rasa sakit tapi susu keluar sikit Sahaja. Punca utama adalah penggunaan pump yang tidak sesuai. Bila guna pump yang tak sesuai, suction kadang2 menyakitkan, pumping tak optimum dan hasilnya susu pun tak banyak diperah. Bayangkan 1 baju tak boleh fit dengan semua orang kan. Jadi sama juga dengan pump. 

Kesimpulannya kena cari pump yang sesuai dengan bentuk breast kita.Personally saya galakkan ibu guna double pump. 

Kenapa?
*********
Sebab masa ‘let-down’, susu akan keluar dua2 belah breast. Jadi bila dua2 dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Bila guna single pump, biasanya sebelah dapat banyak sebelah lagi sikit.


Cara Atasi Masalah Susu Drop 

1. Cari punca susu merudum dan atasi punca itu
Ibu kena renung balik apa punca susu tiba-tiba merudum. 

✔ Jadual pump macam mana? 
✔ Konsisten tak ikut jadual pump? 
✔ Badan stress dan penat ke? 
✔ Makan ikut sempat dan tak seimbang. 
✔ Minum air manis tapi air kosong segelas je ke? 
✔ Bila tahu punca senanglah nak betulkan balik. Kebiasaannya ibu kurang pump.

2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping

Power pumping ni teknik pump paling bagus untuk banyakkan susu sebabnya teknik ni paling serupa dengan baby ‘direct feed’. 

Caranya 10 minit pump, 10 minit rehat dan ulang sampai 1 jam. Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu. Ini akan hantar signal ke otak bahawa baby perlu lagi banyak susu. Hasilnya otak akan suruh badan tingkatkan penghasilan susu.

Ayat biasa saya dengar macam mana nak pump kalau pump angin je? 
Ya memang betul awal2 kita pump angin je atau keluar sikit je. Tapi teruskan juga sebab dari angin akan keluar titik dan kemudian menderu keluar susu tu. InsyaAllah kalau konsisten ibu akan nampak hasilnya.

Ibu juga boleh cuba kaedah Tandem Pumping. Sambil anak ‘direct feed’ sebelah lagi tu pump. Memang berkesan sebab anak akan rangsang lagi sebelah untuk hasilkan susu3. Sentiasa positif dan yakin. Bila susu banyak ibu happy. Bila susu sikit kena fikir positif dan syukur ada juga rezeki untuk anak. Itu Allah nak uji kita bersyukur tak masa susu tengah banyak. Kena yakin yang kita mampu beri anak susu badan sepenuhnya. 

Bagi yang pump di office tu, jangan bandingkan hasil perahan dengan orang lain. Sebab demand setiap anak tak sama.

Apa yang ibu perlu buat?
Pump dalam suasana tenang. Pump sambil melihat gambar anak. Kalau ada video tengok dan dengan suara anak, InsyaAllah lebih banyak susu dirembes

4. Pastikan pengambilan air kosong cukup minimum 3L sehari dan pastikan nutrisi harian lengkap.Bagi ibu yang rasa sukar untuk pastikan diet harian seimbang, pengambilan supplement alternative terbaik. 

Paling penting:
✔ Jangan lihat hasil perahan sampai habis sesi pump
✔ Jangan fikir berapa stok hari ini. 
✔ Bersyukur dengan rezeki Allah
✔ Mulakan sesi pump dengan doa, iringi sesi pump dengan zikir dan akhiri sesi pump dengan Alhamdulillah

Ingat usaha kita adalah melebihi segalanya. Jangan sekadar menadah tangan memohon memperbanyakkan susu tapi usahanya kosong. 

Kalau punya extra money, tak salah nak invest untuk membeli supplement yang di rasakan bagus. Di SHAKLEE juga kita mempunyai SET BREASTFEEDING set!

Shaklee ada menawarkan Set Ibu Menyusu seperti berikut:
 
1) Set milk booster = ESP + Alfalfa
2) Set basic            = Vitalea + B Complex + Vita C + Alfalfa
3) Set optimum      = Vitalea + B Complex + Vita C + Alfalfa + Ostematrix + ESP





Saya sendiri juga menggunakan set menyusu ni. Alhamdulillah.Saya tak kata kalau tak makan produk ni komfem susu drop. Ini adalah sebagai salah satu usaha kita. Selebihnya tawakkal pada Allah. 

Untuk tahu lebih lanjut, jangan segan utk hubungi saya. InsyaAllah saya boleh berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Ingat dalam konsep BREASTFEEDING ni paling penting DEMAND & SUPPLY!

Jom sama2 kita menjadi ibu yang lebih bertanggungjawab! Kepada para suami, bantulah isteri anda. Berilah sokongan sama ada sokongan moral mahupun sokongan wang!

BREASTFEEDING is SUNNAH!
xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com

COD Kuala Terengganu

Vitamin C Sustained Release Shaklee Pilihan Ramai

Assalamualaikum,

Kenapa ye Vitamin C Shaklee ni menjadi pilihan ramai?

Pernah sekali para peminat shaklee terpakse menunggu hampir setahun untuk kembali merasai kebaikan dan kehebatan Vitamin C ni.

Meh nak explain sikit kenapa vitamin c ni menjadi kegilaan ramai..



Tahukah anda badan manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C secara sendiri? Tambahan pula Vitamin C adalah vitamin larut air, dan akan hilang berterusan dari tubuh. Oleh itu sangat penting untuk kita mengambil vitamin C setiap hari.

Memadaikah Vitamin C dari buah? 
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah - buahan akan menghasilkan vitamin C yg lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yg demikian, buah yg tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yg sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Oleh itu, adalah perlu untuk kita mengambil supplement vitamin C agar dapat membekalkan secukupnya vitamin C kepada tubuh kita. Shaklee menyediakan Sustained Release Vita-C Plus bagi memenuhi keperluan harian kita. Setiap tablet mengandungi 500mg kandungan vitamin C!! Dan ia dilepaskan secara perlahan - lahan bagi mengoptimumkan penyerapan vitamin C oleh badan kita. Jadi tiada istilah pembaziran vitamin C di sini ^__^

Manfaat utama Sustained Release Vita-C Shaklee:-

1. Membentuk Kolagen
    - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
    - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yg lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
    - Membina sel darah merah yg sihat untuk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
    - Merupakan satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
    - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yg lebih cerahmelambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen merupakan punca utama jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
    - Vitamin C memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
    - Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, meghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Berapa harga sebotol vitamin C ni?
Murah la sangat...Bawah RM100 je ni! 

Berapa lama boleh tahan dengan sebotol Vit C?
Sangat untung ok! Sebotol boleh than 6 bulan. Sehari hanya sebiji! Sangat jimat dan sangat bermanfaat!

Jadi jangan tunggu lagi. Dapatkan sebotol Vita C ini dengan harga yang terbaik dari nufadz-supplement store. Dapatkan konsultansi percuma!
Kesihatan adalah Kekayaan sebenar!

xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com

Promosi Januari 2014: Alfalfa yang hebat!!!

Berita baik di awal 2014! Promosi alfalfa yang semenangnye ditunggu ramai!
Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee
  •     Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
  •     Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
  •     Memberi kelegaan semasa period.
  •     Membantu Merawat arthitis
  •     Membantu Merawat athma
  •     Mencuci usus bagi membuang toksik
  •     Membantu membuang angin dalam badan
  •     Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  •     Meneutralkan asid dalam badan
  •     Membantu masalah keputihan pada wanita.
  •     Membesar dan menegangkan payudara.
  •     Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  •     Memulihkan urat selepas bersalin.
  •     Milk booster
  •     Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  •     Meningkatkan stamina lelaki
  •     Membantu Melegakan masalah sembelit

Jangan lepaskan peluang ntuk dapatkan harga promosi! 

Kesihatan adalah Kekayaan sebenar!

xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com

COD Kuala Terengganu

TIPS: Cara mudah atasi perut buncit!

Assalamualaikum,

Mak anak dua la katakan kannn...
Pulak dengan memang dasar tak berapa nak rajin berbengkung bagai mase berpantang aritu. End upnye perut bagaikan kuih lapis yang terlebih air...menggeleber semacam!
Hahaha...

Rasanya memang nightmare bagi setiap perempuan mempunyai perut buncit yang menggelebeh dan menggerutu. Walaupun tu sekadar perut...bukanlah satu aset yang perlu dibuat tayangan awam bagi seorang wanita muslim..(pakai baju ketat sahaja nak bagi nampak perut selim or puncit pon adalah dilarang ye kawan2) tapi dah nama pompuan...buncit sikit pon dah menggelabah. Tak ke?

Berbeza dengan lelaki yang mana kebanyakannya komfem akan buncit selepas kawen. Bagi aku sebagai isteri kepada lelaki yg juga kini mempunyai perut yang tidak sama ketika dia bujang dulu (haihhh...) aku rasa itu bukan menjadi satu masalah besar. Bak kate laki aku perut buncit bagi lelaki adalah tanda kebahagiaan! hahaha..ayat nak bagi aku tenang la tu. Ok tak pe aku terima sebab aku yang selalu bagi die makan banyak. hahaha...redha je nurul oit!



Now aku nak kongsi cara dan tips yang boleh membantu bukan sahaja perempuan malah lelaki juga utk mengatasi masalah perut buncit. Nampak remeh dan mudah tapi hakikatnya ramai yang terlepas pandang!
Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Apa kata sempena tahun 2014 azam pertama kita adalah untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik?! Menarik kan? Dengan badan yang sihat dan akal yang cerdas...walaupun hidup dihimpit dengan pelbagai bebanan kenaikan harga akan tetap tenang sebab badan sihat! Kannnnn.....

Apa yang SHAKLEE boleh membantu dalam usaha untuk mengempiskan perut?
?



Haaa...kagum takk?? 

OMEGAGUARD ni sebenarnya memang banyak khasiat. Klau sebelum ni ramai yang cari omegaguard sebab DHA dan EPA nya, yang ternyata baik utk kesihatan otak, kini ramai yang cari omegaguard sebagai salah satu supplement untuk membantu mengawal berat badan!

Kalau orang call tanya boleh tak terangkan kebaikan omegaguard? OMG..aku seniri tatau nak mula dari mana sebab terlalu banyak!!! Sumpah banyak. Baik utk semua peringkat. Dari baby dalam perut sampaila utk warga emas demi kesihatan jantung! Memang tak rugi sape beli omegaguard ni!

So..kalau ada sesapa yang nak try omegaguard utk kawal berat badan...jangan segan2 hubungi no di bawah! Free konsultansi! Membantu selagi mampu!


Kesihatan adalah Kekayaan sebenar!

xoxo

Nurul Affendi
Shaklee Independent Distributor
012-9626247
nurul_affendi@yahoo.com

Friday 26 July 2013

Performance Drink (PD) dari Shaklee Minuman seisi keluarga!


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Sumber : Shaklee Malaysia

Elektrolit amat penting untuk sistem badan kita. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion.
Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. 

PD ini datang dalam bentuk serbuk macam minuman Tangs. Rasa Oren dan sesuai utk seisi keluarga.
Kebaikan PD dah diketahui umum dan ramai yang dan mengakui PD banyak membantu dalam mengembalikan tenaga dalam kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi orang macam saya. Kerja kat ofis sampai terpaksa bawak balek ke rumah. Mana nak uruskan hal rumah dan anak2 yang sihat yang sedang lasak mengembara dunia masing-masing. Memang la PD ni jadi favaourite drink saya!

Kelebihan Performance Drink Shaklee:
1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
2. PD juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
4. Terbukti secara klinikal: Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Oh ye..kalau rasa nak kena serang demam tu..cepat2 la minum segelas PD. InsyaAllah akan kembali rasa segar. Utk mereka yang sering mengalami bibir kering dan menggelupas tu, jom try PD sekarang!

Sesuai jugak utk ibu yang sedang hamil yang sering mengalami muntah2 sehingga kehilangan air dalam badan! Dulu saya pernah mengalami hyperem dan sakitnya Allah je yang tau. Walaupun badan kita cuma kehilangan air tetapi kandungan air dalam badan penting terutamanya untuk ibu mengandung! Jangan ambil mudah ye kawan2!

Jom kita try PD jom!