Wednesday 6 March 2013

Kenali Osteoporosis : Faktor yang meningkatkan risiko

Assalamualaikum semua!

Sama ada sedar atau tidak, penyakit osteoporosis adalah satu penyakit senyap (silent disease) yang banyak menyerangkan masayarakat masa kini. Osteoporosis adalah keadaan kemorosotan kepadatan normal tulang dan menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Perkataan OSTEOPOROSIS bermakna tulang yang poros. Jika dilihat dibawah mikroskop, tulang  yang sihat akan berbentuk seperti 'honeycomb' dan sekiranya tulang mengalami masalah osteoporosis, terdapat lubang dan ruang pada 'honeycomb' itu.




Tulang yang sihat mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis boleh mengalami keretakan serius hanya disebabkan kecederaan ringan.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang kerap mengalami retak tulang.


Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.


Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:
  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
  • KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
  • WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
  • BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
  • TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
  • MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
  • PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
  • MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
  • PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
  • RAWATAN kemoterapi.
  • AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
  • INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
  • HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
  • KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
  • PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
  • PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
  • MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.
Senarai yang dihighlightkan dengan warna biru amat dekat dengan kita. Ini bermakna ramai di antara kita yang sangat terdedah kepada risiko di atas. Mungkin sekarang kita merasakan kita sihat. Tapi apa jaminan untuk 5-10 tahun akan datang?

Jom bersama amalkan pemakanan yang sihat. Saya sendiri sering mengalami lenguh2 badan. Terutamanya jika berada lama di dalam kenderaan. Sampai lenguh bahu dan lutut dibuatnya!

Dengan pengambilan OSTEMATRIX setiap malam banyak membantu mengekalkan kesihatan tulang sekaligus mengembalikan kalsium dalam tulang dan gigi saya!

Jom dapatkan OSTEMATRIX anda hari ini juga!



No comments:

Post a Comment